BALING: Satu kes positif COVID-19 kategori dua dikesan dalam kalangan mangsa banjir di Kupang, Baling oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah.
Pengarah JKN Kedah, Dr Othman Warijo, memaklumkan individu berkenaan kini telah diasingkan di wad isolasi Hospital Baling.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, tiga kontak rapat turut dikenal pasti dan telah diasingkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Khas.
Hasil ujian RTK-Ag mendapati kesemua mereka adalah negatif COVID-19 dan tidak bergejala.
Beliau turut menyatakan bahawa JKN Kedah juga turut menjalankan pemantauan penyakit berjangkit dalam kalangan penduduk terutama penyakit COVID-19, penyakit seakan Influenza (ILI), leptospirosis, cirit-birit dan penyakit bawaan makanan dan air.
Dr Othman menjelaskan sehingga jam 8 malam tadi, tiga PPS masih dibuka iaitu di Surau An-Nur, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai dan Sekolah Menengah Agama (SMA) Yayasan Al-Khairiah.
Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Baling juga turut akan meneruskan perkhidmatan klinik perubatan statik melibatkan tiga pasukan perubatan.
Klinik statik berkenaan beroperasi selama 24 jam di PPS SMK Jerai manakala bermula jam 8 pagi hingga jam 5 petang di dua PPS yang lain.
Dalam perkembangan sama, beliau menyatakan bahawa pihaknya telah menggerakkan Pasukan Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental dan Psikososial yang membuat penilaian respons psikososial di lapangan.
Pasukan berkenaan juga akan ditugaskan untuk memberi bantuan kecemasan psikososial kepada mangsa banjir yang terkesan.
Abd Hadi Che Awang
Fri Jul 08 2022
Keadaan rumah yang musnah akibat banjir di Baling. - Astro AWANI
Penduduk Bandar Nam Tung minta PBT ambil perhatian segera masalah kebersihan
Keadaan kebersihan yang tidak terurus di Bandar Nam Tung mencacatkan reputasinya sebagai destinasi pilihan penggemar makanan laut di Sandakan.
Awang Tengah ke China, tarik pelaburan berasakan buluh
Kerajaan Sarawak menjemput G-COVE Technologies Co Ltd untuk mempertimbangkan pelaburannya berasaskan buluh di negeri itu.
HAWANA 2024: Etika teras kewartawanan mapan
Acara kemuncak HAWANA 2024 akan berlangsung esok dengan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Waertawan AWANI BOrneo Fadilah Sulaiman ada butirannya.
Polis buru suspek cetus kekecohan selepas perlawanan KL City, JDT
Polis sedang mengesan individu yang mencetuskan kekecohan selepas perlawanan bola sepak antara Kuala Lumpur City (KL City) menentang Johor Darul Ta'zim (JDT) di luar Stadium Cheras di sini pada Sabtu.
Piala Dunia ISTAF: Malaysia kempunan tamatkan kemarau 33 tahun
Impian Malaysia untuk menamatkan kemarau 33 tahun skuad sepak takraw dalam acara berkumpulan Piala Dunia ISTAF. tidak kesampaian.
Abang Jo mahu etika kewartawanan dipertahankan di era AI
Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg meminta setiap wartawan untuk membuat liputan yang lebih bertanggungjawab dan tepat, dalam menghadapi saingan teknologi yang semakin hebat.
Teknologi AI boleh membantu dan boleh juga disalah guna - Abang Johari
Semasa teknologi kecerdasan buatan (AI) boleh membantu banyak perkara dalam kehidupan seharian, pada masa yang sama ia juga boleh disalah guna.
Pasangan tular bawa bayi pakai alat pernafasan sudah isi borang nikah
Pasangan tular yang membawa bayi lelaki berusia 11 bulan memakai alat bantuan pernafasan dengan menaiki motosikal baru-baru ini akan dinikahkan dalam masa terdekat.
Kertas siasatan kes buang beras lengkap, akan dirujuk Peguam Negara
Datuk Aiman Athirah Sabu berkata, bahagian undang-undang kementerian akan meneliti secara menyeluruh supaya tindakan diambil itu lengkap.
AEON Bank secara rasmi lancar bank digital Islam pertama di Malaysia
AEON Bank (M) Bhd secara rasmi melancarkan bank digital pada Ahad, sekali gus menjadi bank digital Islam pertama di Malaysia.
Banjir Baling: Satu kes COVID-19 dikesan, tiga kontak rapat dikenal pasti
Mangsa yang positif kategori dua itu telah diasingkan di wad isolasi Hospital Baling.
Yang Dipertua, Timbalan DUN Negeri Sembilan positif COVID-19, sidang DUN ditangguh
Beliau dan SUK Negeri telah menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz bagi memaklumkan perkara itu.
Arteta bimbang Arsenal dihimpit masalah kecergasan
Arsenal kehilangan sembilan pemain pasukan utama dalam aksi separuh akhir pertama Piala EFL.
Aksi Burnley-Leicester City tangguh
Lembaga Liga Perdana menerima permohonan Burnley kerana kelab tidak mempunyai jumlah pemain yang diperlukan.
Kes baru mingguan COVID-19 dalam EPL kini melebihi angka 100
Minggu lalu, terdapat pendedahan bahawa 16 peratus pemain dalam EPL masih belum mengambil dos pertama vaksinasi COVID-19.
Aksi Leeds United-Aston Villa ditangguh
Penundaan itu akibat kes COVID-19 yang berterusan di Leeds yang menyaksikan perlawanan Boxing Day menentang Liverpool dibatalkan.
Dua ADUN positif COVID-19, sidang DUN Kelantan tangguh
Difahamkan, dua yang positif ialah ADUN Tendong Mohd Rozi Mohamad dan ADUN Tanjong Mas Rohani Ibrahim.
25 kes positif COVID-19 dikesan di Parlimen semalam, kemungkinan besar varian Delta
Kes-kes yang dikenal pasti ini mempunyai kadar kebolehjangkitan dengan nilai CT value atau nilai ambang RT PCR antara 13.70 hingga 36.11.
COVID-19: Kes kekal menurun, 8,075 kes baharu, Sarawak masih tertinggi
Angka kes baharu COVID-19 kekal menurun hari ini apabila sebanyak 8,075 kes dilaporkan bagi tempoh 24 jam.
Penduduk Kampung Bokara, Sandakan bantah pelaksanaan PKPD
Penduduk Kampung Bokara, Sandakan membantah pelaksanaan PKPD di kampung itu.